Sedar tak sedar, harini 29 Disember 2023.
Lagi berapa hari nak masuk 2024, Sofea. Banyak dah yang kita lalui bersama.
Umi nak throwback first video masa 1 Januari 2023 harituh. Sofea waktu ni 5 bulan setengah. Bam bam nyaaaa 🥹
Love,
- umi.
Sedar tak sedar, harini 29 Disember 2023.
Lagi berapa hari nak masuk 2024, Sofea. Banyak dah yang kita lalui bersama.
Umi nak throwback first video masa 1 Januari 2023 harituh. Sofea waktu ni 5 bulan setengah. Bam bam nyaaaa 🥹
Love,
- umi.
One of the my most favourite photos of Sofea,
when she sleeps on my lap 🥰
Umi sayang Sofea ❤️
Love,
- umi.
Resepi pancake ni saya godek dari dalam google ni jugak. Lupa dah website mana.
Tapi walaupun dah buat since 2020, still tak mencapai kepuasan. Dia tak jadi gebu pun!
Rupanya, ada satu keywords yang resepi tu tak mention, iaitu — PEKAT/LIKAT
Pastikan adunan pancake tu kena pekat atau likat. Baru boleh jadi gebu. Selama ni saya buat agak cair, sebabtu tak menjadi sangat. Yihhh!
Okay lah jom share resepi!
BAHAN-BAHAN
Bahan kering :
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
Secubit garam
2 sudu besar gula
Bahan basah :
1 cawan susu Full Cream
2 sudu besar butter yg dicairkan
1 biji telur Gred A
1 sudu teh esen vanilla
CARA-CARA :
1. Satukan bahan kering, sebati.
2. Satukan bahan basah, blend atau boleh guna mixer.
3. Masukkan bahan kering sedikit demi sedikit. Blend/mix.
4. Rest kan adunan, 15 minit.
Note: Sini part penting. Sebelum rest, pastikan adunan tu pekat/likat. kalau cair, tambah tepung sedikit demi sedikit.
5. Panaskan non-stick pan, guna api kecil.
6. Tuang adunan biar naik gebu. Bila dah berbuih, maksudnya dah sebelah bawah dah masak, boleh terbalikkan.
7. Hidang dengan topping pilihan hati dan kesayangan ❤️
Resepi ni untuk orang dewasa macam kita. Tapi untuk anak, saya start introduce ke Sofea lepas setahun ke atas. Bawah setahun saya cuba amalkan no salt no sugar.
Ps. Orang tak pandai masak kan, nak buat pancake pun 3 tahun duk try and error 😂
Love,
- f.
B!
B!
Berkali-kali lah Sofea kalau bebel sensorang duk sebut B! B!
Umi ni duk pikir lah mana dia belajar sebut B ni. Apa maksud B dia tu.
Rupa-rupanya…
.
.
.
BEAR!
Hahahahahah Ya Allah, Sofea. Berhari-hari umi try figure out, rupanya patung teddy bear dia 😂
Love,
- umi.
Haritu daripada pagi duk cari payung tak jumpa. Dah lah tengah hujan renyai. Sebab nak kena bawak Sofea sekali turun bawah, so memang kena ada payung. Tapi tak jumpa payungnyaa. Nasib masa turun tu hujan dah berhenti sekejap. Sempat beli sarapan lepastu naik, baru hujan start lebat balik.
Petangnya, lepas Asar tu, sebelum nak turun pergi taman bawak Sofea, saya cuba amalkan doa ni. Baca 10 kali sambil niat dalam hati, yakin dengan kuasa dan bantuan dari Allah, in Shaa Allah akan jumpa. Sekali tak sangka lepastu jumpa, dalam salah satu kotak dalam bilik. Alhamdulillah Allah permudahkan.
Saya dapat doa ni dari page mufti Negeri Sembilan. Ini link dia —> page mufti NS.
Jadi saya tampal sini, moga-moga memberi manfaat pada semua, In Shaa Allah ❤️
Love,
- f.
25 December 2023
Monday
Sofea 17 months
Sandakan, 3 weeks
Well, sedar tak sedar, 3 minggu dah saya dan Sofea beradaptasi di rumah Sandakan.
I’m doing my best here. Especially in cooking. Sebab memasak itu bukan kepakaran dan kelebihan saya 😌 Saya mengaku saya bukannya seorang yang pandai bahkan hebat dalam memasak. Sebenarnya memang tak pandai masak pun 😂 Tapi cuba jugak lah sebab dah ada anak kan.
Untuk ibu ibu yang kurang mahir memasak seperti saya, don’t belittle yourself 🥰 Every effort counts ❤️
Love,
f.
Lama dah teringin nak menulis perkembangan anak macam dalam diary. Selalu tulis dalam whatsapp status je sebab senang kan sekali tulis je letak sekali gambar atau video dah siap. Tak perlu nak fancy fancy. Tapi tulah, within 24 jam hilang. Tak boleh nak baca balik. So ingat nak tulis dalam Instagram. Lebih formal and banyak sikit boleh share gambar/video. Tapi tulah, jadi seorang yang low self-confidence ni sebenarnya susah. Overthinker. Takut orang fikir, ini pun nak share? Ini pun taktahu? Benda basic je ni. Ini pun tak boleh buat. All those negative words running in my head. Sehingga lah saya terdetik ayat ni.
Everyone knows it. But before they know, they learn. Some people learn yesterday. Some people learn today. Some people learn tomorrow. Some people learn next week. Some people learn next year. It’s never about who’s learn earlier, who’s learn later. It’s about LEARNING itself. No matter when you learn it, you either gaining new knowledge, or reconstructing existing knowledge, but for sure you getting more wisdom. One single knowledge has always has different perspectives. It may takes many years for us to understand all kinds of the perspectives. So embrace the learning progress.
So here I am. Trying my best untuk buang rasa malu yang tidak bertempat. I chose here, in my personal blog, untuk tulis updating diary untuk anak saya. In Shaa Allah, segala perkembangan nya, segala isi hati saya, segala yang indah mahu yang buruk. Saya prefer blog sebab mudah untuk search. Just taip keywords je. Kalau dekat Instagram tu, saya taktahu macam mana nak get back to old posts melainkan scroll scroll and scroll 😂
Untuk Sofea, 17 bulan berlalu baru harini umi ada keberanian untuk mulakan apa yang umi impikan. Begini lah hidup. Walau macam mana pun kita nak tampilkan kesempurnaan, tapi kita hanya mampu mencuba ke arah kesempurnaan. Tapi yang jauh lebih penting dari sebuah kesempurnaan adalah, langkah pertama menujunya.
Ps. From this entry, kalau nampak font tak seragam, saiz kejap kecik kejap besar, please excuse it. Sebab saya update pakai phone je. Laptop dah nyawa nyawa ikan. Sofea duk main tekan-tekan laptop tu. Ehh salahkan Sofea pulak 😂 Padahal laptop tu memang dah usianya warga emas. Dah lebih 9 tahun berbakti.
I have to declare this, sebab rasa macam bukan cara saya biar format penulisan saya macam haru-biru. So sebenarnya, jiwa saya yang tak tenang kalau tengok format tunggang langgang 😭
Love,
f.
Bismillah.
Pls bear in mind, mana-mana menu yang takde gambar maknanya dah pernah buat sebelum ni. Resepinya boleh refer post entry sebelum ni : BLW 6 months 🤗
13/2. Day 1 —
First mealtime : Pumpkin puree
Second mealtime : Oatmeal plain
Follow the instructions — 4 sdb oat + 1 2/3 cwn air panas. Masak dalam 2 minit. Oat kembang elok. Tapi texture terlalu cair untuk saya. So saya tapis lebihan air. Tinggalkan oat sahaja.
14/2. Day 2 —
First mealtime : Rice, chicken, carrot porridge + EVOO
Second mealtime : ❌
First mealtime : Oat + FM
4 sdb oat + 1 cwn air panas. Masak atas api selama 2 minit. Oat kembang elok. Tapi masih terlalu banyak air. So saya tapis sekali lagi tinggalkan oat sahaja. Tambah sedikit susu formula.
Second mealtime : Orange
Saya guna oren manis. Sebenarnya cara saya hidang tak tepat. Sepatutnya bahagian membrane tu kena buang.
First mealtime : Dragon fruit
Second mealtime : Oat + FM + dragon fruit
3 sdb oat + 1/2 cwn air panas. Masak selama 2 minit. Tapi hati hati, api jangan kuat, sebab air jadi kering, kena sentiasa kacau untuk elak hangus. Tambah sedikit formula milk dan buah naga yang telah dilenyek. Gaul sebati.
17/2. Day 5 —
First mealtime : Orange
Second mealtime : ❌
18/2. Day 6 — Outdoor, mandi sungai
First mealtime : Steamed pumpkin ‘stick’
Potong labu seakan-akan stick. Steam 2 minit. Terbalikkan. Sambung lagi untuk 3 minit atau sehingga labu sedikit lembut. Hati hati jangan terlalu lama, nanti labu jadi lembik.
Ps. Lupa nak ambil gambar sebab rushing nak siap siap pergi mandi sungai 😆
Second mealtime : ❌
19/2. Day 7 —
First mealtime : Steamed pumpkin ‘stick’
Kalini saya terkukus lama. Dia jadi lembik dan patah dua bila nak angkat. Satu yang ber’tick’ tu je masih elok bentuk dia.
Second mealtime : ❌
20/2. Day 8 — ❌
21/2. Day 9 —
First mealtime : Orange
Cara potong oren boleh refer dalam apps ‘Solid Starts’.
Second mealtime : Oat + chia seed pancake
4 sdb oat + 1/2 sdb chia seed + 3 oz FM + 1 biji telur.
Blend oat, chia seed bersama 2 oz air kosong.
Tambah telur yang di kacau terlebih dahulu. Bancuh 3 scoop susu formula di dalam baki 1 oz air kosong. Masukkan ke dalam bancuhan pancake. Masak atas kuali non stick seperti biasa.
Lebihan bancuhan pancake boleh simpan di chiller, untuk dimasak lagi esoknya.
22/2. Day 10 —
First mealtime : Oat + chia seed pancake
Second mealtime : ❌
23/2. Day 11 —
First mealtime : Oat + chia seed pancake
Second mealtime : ❌
24/2. Day 12 — Balik kampung PD
First mealtime : Bubur nasi + ayam
Second mealtime : ❌
25/2. Day 13 —
First & Second mealtime : ❌
26/2. Day 14 —
First mealtime : Star fruit
Second mealtime : ❌
27/2. Day 15 —
First mealtime : Orange
Second mealtime :
28/2. Day 16 — Otw ke kampung Kuantan
First & second mealtime : ❌
1/3. Day 17 —
First mealtime : Oat + FM
Seoncd mealtime : ❌
2/3. Day 18 — Gerak balik Langkawi
First & second mealtime : ❌
3/3. Day 19 —
First mealtime : Oat + chia seed + FM
Second mealtime : ❌
4/3. Day 20 —
First mealtime : Pumpkin oat + chia seed pancake
Step sama macam buat oat + chia seed pancake. Cuma tambah pumpkin blended/puree, then gaul sebati.
Second mealtime : ❌
5/3. Day 21 —
First mealtime : Rice & broccoli sautéed + sesame oil
Masak nasi sedikit lembik. Bentukkan menjadi bebola/bujur.
Masak broccoli dengan minyak sedikit minyak. Hidang dengan sedikit sesame oil.
Second mealtime : ❌
6/3. Day 22 —
First mealtime : Pumpkin oat + chia seed pancake
Second mealtime : Broccoli sautéed + sesame oil
7/3. Day 23 —
First mealtime : Pumpkin puree
Second mealtime : Pumpkin oat + chia seed pancake
8/3. Day 24 —
First mealtime : Broccoli & carrot steamed. Mash potato with chicken gravy
Kukus broccoli & carrot sehingga lembut. Tuang sedikit EVOO.
Mash potato refer menu “6 Months — Day 14” dekat sini : link
Chicken gravy —
1/4 cwn isi ayam cincang
1/2 tsp black pepper
1/2 + 1/8 cwn air
1 tsp t. jagung
1-2 tbs butter
bwg putih & merah kisar/hiris
Cara-cara boleh refer sini https://youtu.be/IzNJ6jU_-6Q
Tapi rasanya kena lebihkan lagi air baru kuah sedikit cair.
Second mealtime : ❌
9/3. Day 25 —
First mealtime : Oat + FM
Second mealtime : Butter rice + egg
1 sdb butter, Bwg putih & merah kisar, 2 cubes Carrot frozen, 1 biji telur, 1/2 cwn nasi
Tumis bwg putih & merah dengan butter. Masukkan carrot frozen, sebatikan. Masukkan telur dan nasi. Kacau sebati. Tambah sedikit air jika perlu.
10/3. Day 26 —
First mealtime : Oat + chia seed + FM
Second mealtime : Pumpkin butter rice + egg
Cara-cara sama seperti butter rice + egg.
Cuma tambah pumpkin frozen dalam masakan.
11/3. Day 27 —
First mealtime : Pumpkin oat + chia seed pancake
Second mealtime : Steamed broccoli + EVOO
12/3. Day 28 —
First mealtime : Pumpkin oat + chia seed pancake
Second mealtime : ❌
Sebab February kan ada 28 hari je. So menu Sofea untuk 7 bulan pun sampai Day 28 jelah. Hehe 😁