Wednesday, September 22, 2021
Teguran berfesyen
Thursday, September 16, 2021
Perbelanjaan tunang farahchoi & soulmate 2018
Thursday, September 9, 2021
What makes I write
Wednesday, September 1, 2021
Dermova Photo Contest : My Hale Nimbus Story
Sepanjang hidup seorang Farahchoi ni, tak pandai langsung berniaga, tak pernah berniaga dan tak pernah terfikir pun akan berniaga π
Bagi saya orang yang berniaga ni, orang yang hebat-hebat. Sebab a businessman is a risk taker.
Tapi tahu tak apa punca saya boleh berniaga? Tips nak pikat hati farahchoi (dalam segala aspek),
— satu, guna nama education.
— dua, guna nama Malaysia.
And @hale_nimbus ada dua-dua kriteria ni!
Masa @dermova.hq nak introduce Hale Nimbus tahun lepas, terus dalam hati saya cakap ‘nak jual lah’. Giler kentang macam tu je π
Sebabnya, bahan utama dalam Hale Nimbus Cloud Guard ni adalah hasil kajian dari team Professor Datuk Dr. Zularisam Ab Wahid di Universiti Malaysia Pahang. Orang kita tu!
Kita ni kalau jumpa produk buatan luar negara, bukan main wow. Tapi ni, made in Malaysia, dapat pengiktiran sijil dari luar negara, paling penting organik pulak tu, takkan pejam mata je. Susah tau nak jumpa produk Malaysia yang bagus. Memang tak lepas peluang, grab terus!
Rakyat Malaysia masih belum didedahkan dengan organic lifestyle. Tapi dekat luar negara dah mula menekankan kepentingan ‘go organic’. Sebab tahu, kesan jangka masa panjang bahan-bahan kimia ni dalam badan kita sangat lah membahayakan.
So the moment saya cakap ‘nak jual lah’, harapan saya Malaysia suatu hari nanti mampu menempa nama di seluruh dunia dengan lebih banyak produk organik buatan tempatan seperti Hale Nimbus Cloud Guard ♥️
ps. saya tulis caption ni sambil terngiang-ngiang lagu Negaraku, Faizal Tahir. Dah lah tengah bulan Merdeka! Tak memasal jiwa berkobar-kobar π
Wednesday, August 18, 2021
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia
Memang dah hafal dah waktu tu dalam pukul 12 lebih, radio tu mesti mainkan satu sajak ni.
Tapi dulu-dulu takde handphone sendiri, so gigih lah keluarkan kertas and salin sebijik-sebijik butir sajak tu π
Of course lah tak sempat nak salin full masa sekali dengar tu. Tapi sebab dah hafal setiap hari Jumaat balik dari sekolah mesti keluar dekat radio IKIM, so memang get ready kertas dan pen. Dah laa masa sajak tu dimainkan, dengan sound effect guruh berdentum sana-sini, pening kepala nak tangkap setiap perkataan haha. Tak sure lah berapa lama ambil masa nak complete salin sajak ni. Maybe berbulan-bulan kot. Kegigihan seorang farahchoi dulu-dulu π€£
Then bila dah ada komputer, dah pandai guna internet, baru lah cari dekat internet. And saya ada betulkan sikit lah kot apa yang saya ada salah dengar. But overall, I'm amazed, sebab gigih salin sajak ni. Panjang wehh.
Fast forward, sekarang 2021.
Tengah kemas-kemas hard disk, then terjumpa file sajak ni. (asal aku sebut sajak macam sajad haha π )
Paling terkejut bila tengok 'last modified' 12 Ogos 2013. Wehh kebetulan 8 tahun yang lepas. I don't know why, saya sejenis yang amazed dengan cara Allah aturkan perjalanan hidup kita (saya especially).
Dan disebabkan itu, izinkan guwe mengabdikan karya sajak yang guwe salin ni dalam blog guwe. (bukan main mukadimah throwback cerita balik dari sekolah bagai π)
Apa-apa pun, moga entry ni bermanfaat untuk uolss.
Love,
f.
ps. Saya macam terfikir nak video kan sajak ni. Kononnya nak remake yang versi IKIM tulaa, sebab cari dekat internet tak jumpaa dah π Tapi masih mencari idea nak buat macam mana π
Sajak : Dahi cecah ke sejadah
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal bukan yang pergi
Beristighfirlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana sahaja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan “Hayya ‘alas Solaah”
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan “Hayya ‘alal Falaah
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta, tahkta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia
Wednesday, August 11, 2021
Teruskan semangat wahai roh!
I was thinking about the same thing for the past few weeks. Kadang rasa memang nak give up. Tapi kuatkan juga semangat. Dunia ni tak berputar pada kita sahaja. So selagi bernafas, selagi itu lah terus berjalan. Berjalan atas satu misi, mati bebas hutang. Selepas itu, umur panjang adalah bonus. Teruskan semangat wahai roh. Kau masih bernafas untuk padamkan dosa yang lepas.
https://www.facebook.com/1782304989/posts/10215142435272554/
Ni link Facebook post yang saya screenshot tadi. Dekat ruang komen dalam post tu ada banyak kisah-kisah benar apa yang berlaku masa kegawatan ekonomi 1997-1998. Boleh baca and jadikan sumber kekuatan. The real inspiring stories. Semoga kita semua kuat ye.
Love,
f. ♥️
ps. pernah jadi dalam entry saya beberapa tahun yang lepas, saya share link fb, tapi sekarang link fb tersebut tidak lagi dapat dibuka. mungkin owner dah delete post.
Untuk elak perkara sama berlaku, saya screenshot seberapa banyak komen yang boleh. Tujuan screenshot adalah untuk berkongsi kekuatan perjuangan generasi terdahulu. Kalau ada kisah yang menabur fitnah atau berbaur kebencian, saya tak letak di sini.
If the link is still can be accessed, you can just click and read the comments π