Tuesday, October 15, 2024

Art berat by Sofea #002

Art berat by Sofea 
Food edition. 


Makan kulit yang tepi-tepi tu. Selebihnya umi kena habiskan. 

6 April 2024. 
Sofea 20 bulan. 

Tuesday, August 13, 2024

Sofea : 25 months



Sofea dah banyak perkataan. Tapi tulaa, bila time dia mengada tu, dia suka merengek bila nak apa-apa. 


Bila tanya nak apa, dia lagi merengek, merengek dan merengek. Maka umi pun meletus lah. 


Dalam banyak-banyak tantrum memang itu lah punca nya umi asyik tengking je dekat Sofea. Umi tahu umi salah. Umi tak patut buat macam tu. Umi kena lebih sabar. 


Tapi ketahui lah Sofea, umi tak pernah kurang pun rasa sayang umi pada Sofea. Umi sentiasa doa semoga Allah bantu umi untuk jadi seorang yang penyabar. Dan umi sentiasa doa semoga Sofea membesar emosinya tidak tercela oleh umi sendiri. 


Sekarang pun umi dah nampak yang Sofea dah mula tunjuk emosi merajuk/marah/terasa dengan umi sebab asyik marahkan Sofea. I’m sorry Sofea ๐Ÿฅบ


Umi try harder lagi untuk jadi ibu yang baik, okay sayang? 


Iloveyou my baby sweetheart ๐Ÿฉท๐Ÿค


Love,

- umi. 




Friday, July 26, 2024

Aktiviti dengan anak #003

Tajuk aktiviti 003 

— Squeeze the water out 


Target umur : 1.5 tahun+ 


Bidang perkembangan : 

1/ Fizikal & psikomotor (motor kasar) 

2/ Deria & pemahaman 

3/ Bahasa, Komunikasi & Literasi



Bahan-bahan diperlukan : 

- Tray/bakul besar (optional) 

- Jug plastik atau baldi kecil, berisi air 

- Span 

- Cawan atau botol air kosong


Langkah-langkah : 

1. Demo kan cara ambil air dari jug/baldi menggunakan span, dan ‘squeeze’ air dari span ke dalam cawan/botol air. 

2. Biar anak tiru dan cuba sendiri.

3. Bila air dalam cawan dah penuh, minta anak tuangkan kembali air ke dalam jug/baldi kecil. 

4. Perkenalkan kosa kata baru kepada anak — span, merah, kuning, tumpah, etc. 



Catatan : 

1. Untuk permulaan, saya guna cawan. Sebab nak bagi pendedahan pada konsep span. Later on bila dah mahir ‘squeeze’ boleh upgrade level dari cawan kepada botol atau apa-apa yang lebih kecil bukaan untuk laluan air. 

2. Kalau tak sanggup hadap air tumpah, boleh main dalam bilik air, atau sediakan waterproof mat, instead of alaskan dengan tray besar. 

3. Sofea spend almost 20 minutes, sebelum keadaan menjadi terlalu basah kuyup macam nak banjir ๐Ÿ˜…

4. Sofea, 2 tahun 11 hari.


Love,

— f.

Tuesday, July 16, 2024

Aktiviti dengan anak #002

Tajuk Aktiviti 002

— Hari Pertama Internship di Katering ๐Ÿคฃ


Target umur : 2 tahun+


Bidang perkembangan : 

1/ Fizikal & Psikomotor

2/ Bahasa, Komunikasi & Literasi 

3/ Awal Matematik & Pemikiran Logik


Bahan-bahan diperlukan : 

- Besen/bekas air x 2

- Beberapa bola kecil

- Senduk besar

- Air 


Langkah-langkah : 

1. Isikan air ke dalam kedua-dua besen/bekas air. 

2. Letak beberapa bola kecil dalam satu besen. 

3. Tunjukkan cara untuk menyenduk bola dari satu besen ke satu besen. 

4. Untuk capai bidang perkembangan (2) & (3), boleh sebut warna bola, gunakan perbendaharaan kata baru dan kirakan bersama anak-anak.

5. Ulang beberapa kali dan biar anak explore. 



Catatan : 

- Air dalam besen tu jangan letak banyak sangat. Letak dalam 10-20% sahaja pun cukup. Biar nipis sahaja lapisan air dalam besen supaya mudah untuk anak sendukkan bola. Dalam video ni, saya terletak banyak, jadi agak susah untuk Sofea sendukkan. 

- Aktiviti ni inspirasi dari video anak kawan yang buat aktiviti di taska ๐Ÿ˜

- Sofea main 30 minit, itupun saya terpaksa buat timer sebab dah basah sangat dekat lantai. Kalau tak, lagi lama lah kot ๐Ÿ˜‚ 

- Bekas kuning tu gigih cari dekat Mr DIY, RM7.90, saiz M ๐Ÿ˜‚ 

- Ye, Sofea pakai baju terbalik. Saya malas nak betulkan semula ๐Ÿ˜…

- Sofea, 2 tahun 4 hari.



Love, 

— f. 

Saturday, July 13, 2024

Sofea : 24 months

HAPPY TWO YEARS 

MY SWEET SOFEA ❤️๐Ÿฉท๐Ÿค 



Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru je lagi umi contraction nak lahirkan Sofea. Tau-tau dah setahun. Tau-tau dah dua tahun sekarang ๐Ÿฅน


Makin banyak akal, dan ragamnya. Dan masih banyak yang umi perlu tambahbaik dalam diri umi untuk Sofea. 


Demi sebuah keluarga yang Allah redha, umi doakan yang baik-baik buat Sofea dan seluruh keluarga kecil kita ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿค 


Sehingga ke hari ini, Sofea masih mencari riba umi untuk duduk ataupun baring. Semoga sampai dewasa pun tetap rapat dengan umi macam sekarang ye, sayang. 


Umi, abah sayang Sofea dunia, akhirat. 


Love,

— umi.